SEORANG wanita nekad merempuh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pematangsiantar, Sumatera Utara, selepas hajat ingin berkahwin semula dengan bekas suami kedua dihalang keluarga.
Memetik laporan CNN Indonesia wanita yang dikenali sebagai FAM itu, bertindak sedemikian akibat kemurungan yang dialami.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi kelmarin, wanita yang menunggang motosikal itu nyaris melanggar anggota polis yang sedang bertugas mengawal lalu lintas di kawasan IPD.
Motosikal yang ditunggangi wanita itu kemudian meluncur laju sehingga merempuh masuk ke dalam ruang kaunter IPD Pematangsiantar.
Detik-detik cemas itu berjaya dirakam kamera litar tertutup sekitar kawasan terbabit.
Baca artikel berkaitan: Suspek pukul penunggang basikal di Seri Manjung diambil keterangan, punca salah faham
Akibat rempuhan tersebut pintu kaca dan beberapa kerusi rosak.
Ketua Polis Sumatera Utara, Inspektor Jeneral Panca Putra Simanjuntak berkata, hasil siasatan awal, tindakan wanita itu berpunca daripada kemurungan kerana keluarganya tidak memberi kebenaran untuk berkahwin semula.
Menurutnya, wanita itu sudah berkahwin dua kali, tetapi gagal.
Dia yang ingin berkahwin semula dengan suami kedua, tetapi telah dihalang pihak keluarga sendiri kerana terdapat perbezaan fahaman agama antara kedua ibu bapa mereka.
“Anggota telah menggeledah rumah wanita itu, tetapi tidak menemui sebarang bukti berkaitan masalah pengganas,” jelas Panca.
Ujarnya, polis masih menyiasat kes tersebut, walaupun ia tidak menyebabkan kemalangan jiwa.
“Apa yang jelas, Polis Pematangsiantar akan menjalankan siasatan kerana tindakan yang dilakukan adalah satu jenayah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram