Suspek Harapan Munthe, 44, membunuh, membakar dan mengerat badan, Nurmaya Situmorang, 43, selepas sakit hati dengan isterinya.

SEORANG lelaki bertindak kejam mengerat isterinya sebelum merebus tangan untuk dijadikan sup.

Kejadian dilapor berlaku di Humbang Hasundutan, Sumatera Utara, Sabtu lalu, sebelum kecoh dilaporkan media tempatan sejak kelmarin.

Memetik laporan Detik Sumut, suspek Harapan Munthe, 44, membunuh, membakar dan mengerat badan, Nurmaya Situmorang, 43, selepas sakit hati dengan isterinya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah, Maruli Purba Tanjung, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada orang awam.

Beliau berkata, saksi yang dikenali sebagai Achmad telah melihat aksi suspek dalam keadaan yang mencurigakan dengan membawa guni di belakang rumah.

Baca artikel : Lelaki disyaki kelar isteri, bayi direman 7 hari

“Saksi terlihat sepasang kaki manusia berada di dalam guni dibakar suspek sebelum bertindak membuat laporan polis,” katanya.

Malah, suspek juga mengaku kepada saksi telah membunuh isterinya.

Mengulas lanjut, hasil semakan mendapati suspek telah membunuh isterinya dengan menikam pada bahagian leher sebelum mengerat badan mangsa.

“Leher dan tangan dipotong dengan pisau manakala kaki menggunakan kapak. Kemudian, tangan direbus dan hendak dimakan suspek.

“Sementara kakinya dibakar di belakang rumahnya,” tambahnya.

Jelasnya, suspek mempunyai rekod rawatan di hospital psikitari di Medan pada tahun 2004 dan mengaku membunuh isterinya secara sedar.

Polis tiba di lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan mengerikan dengan kepala terputus dan hangus.

Maruli berkata, suspek mendakwa isterinya telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapanya, tetapi motif kejadian masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Doloksanggul bagi bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan turut dirampas bahan bukti di tempat kejadian seperti kapak, keris, sabit, pemetik api, kain sarung, telefon bimbit dan pakaian mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram