Tangkap layar rakaman memaparkan mangsa sempat memanjat tangki minyak dalam usaha melarikan diri.

LIMA lelaki ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang murid sebuah sekolah menengah di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Memetik laporan Serambinews.com pergaduhan berlaku antara murid dan bekas murid dua buah sekolah pada Jumaat lepas.

Mangsa Eko Farid Azam, 16 tahun, disahkan maut selepas luka ditetak sabit pada paha kiri.

Ketua Polis Medan, Pesuruhjaya Valentino Alfa Tareda berkata, kejadian pergaduhan bermula dengan kumpulan mangsa bergaduh dengan kumpulan suspek.

Ujarnya, disebabkan bilangan kumpulan mangsa lebih kecil, mereka terpaksa mengalah dan melarikan diri.

“Mangsa dan dan rakan kemudian pergi ke stesen minyak untuk mengisi minyak, tetapi tanpa menyangka telah dikejar oleh suspek menggunakan senjata tajam,” katanya.

Baca artikel : Gempa bumi Cianjur: 46 maut, 700 dilapor cedera

Valentino berkata, suspek yang dikenali sebagai SDA telah menetak mangsa menggunakan sabit.

Memetik laporan media tempatan, mangsa sempat memanjat tangki minyak dalam usaha melarikan diri.

“Kelima-lima suspek dikenakan tindakan dibawah Perkara 170 Perenggan 3 subs 351 perenggan 3 Kanun Jenayah, yang bersama-sama melakukan penderaan mengakibatkan kematian orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, menurut kenyatan saksi yang dikenali sebagai Erwin, mangsa cuba melarikan diri namun telah terjatuh lalu ditetak dan dipukul oleh suspek sehingga mati.

Kata Erwin, dia segera menghubungi polis bagi memindahkan mayat mangsa di lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram