SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan masih trauma selepas dicabul seorang pemuda dalam satu kejadian petang kelmarin di perkarangan rumahnya di Jalan Adam Malik, Samarinda, Kalimantan Timur.
Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa itu berlaku pada pukul 1.50 petang ketika kanak-kanak itu sedang bermain seorang diri.
Menurut laporan Kompas.com, lebih malang si pelaku yang sudah ditahan polis semalam turut didapati positif COVID-19.
Rakaman aksi lelaki itu tular di media sosial Indonesia, selepas pemuda tersebut dilihat memasuki kawasan perkarangan rumah mangsa sebelum bertindak mencium-cium kanak-kanak itu.
Baca artikel berkaitan: Dihalang kahwin semula suami kedua, wanita nekad rempuh ibu pejabat polis

Perbuatannya kemudian disedari ibu mangsa sebelum bertindak menghalau lelaki itu keluar rumah.
Namun, media-media tempatan tidak menyatakan sama ada lelaki berusia 25 tahun itu seorang pedofelia atau tidak.
Malah ada laporan mengatakan, pemuda itu terdengar bisikan sebelum bertindak melakukan perbuatan tersebut.
Sementara itu, Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak Polis Samarinda, Teguh Widodo mengesahkan penahanan suspek itu.
Suspek kini ditempatkan wad isolasi Rumah Sakit Jiwa Atma Husada Samarinda selepas didapati positif COVID-19.
“Tindakan suspek seperti orang tidak waras, pemeriksaan lanjut akan dilakukan selepas bebas COVID-19,” katanya.
Dalam pada itu, ibu mangsa mengatakan, anaknya itu masih terkejut dengan kejadian tersebut dan masih belum memberi keterangan di balai polis.
“Mangsa akan diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan kerana suspek positif COVID-19,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

