MRA lancar Kempen Infaq Kasih Ramadan 2022, turut bantu Afghanistan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN seluruh dunia masih lagi dibelenggu dengan pandemik COVID-19, namun Malaysian Relief Agency (MRA) terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih dengan melancarkan Kempen Infaq Kasih Ramadan 2022.

Tidak hanya tertumpu di Malaysia, Kempen Infaq Kasih Ramadan MRA 2022 itu turut melaksanakan misi kemanusiaan untuk menyerahkan bantuan ke Afghanistan.

Menurut Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman dalam kenyataan, dua wakil iaitu Timbalan Presidennya, Khairil Annuar Khalid dan Ahmad Ammar Ahmad dari MRA Selangor telah pun berlepas ke Islamabad, Pakistan sejak Ahad lalu bagi memastikan misi tersebut berjalan lancar.

Katanya, sebanyak satu juta roti disasar untuk diagihkan kepada 3,300 keluarga setiap hari selama 30 hari sepanjang Ramadan di enam daerah dalam Afghanistan.

Pada masa sama, Mohd. Daud memaklumkan, MRA juga meneruskan projek yang sama di Yemen dengan mengagihkan 12,000 keping roti setiap hari di enam daerah dalam negara tersebut.

“Jumlah nilai agihan yang disasarkan kepada kedua-dua negara Afghanistan dan Yemen ini ialah sebanyak RM1.5 juta.

“Usaha menggerakan bantuan MRA di Afghanistan bermula pada bulan Ramadan ini akan diteruskan dengan pembukaan pejabat satelit di Kabul dan seterusnya merangka projek bersifat jangka sederhana serta panjang bagi membantu penduduk yang memerlukan di sana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: MRA gerakkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara

Antara barang keperluan yang disumbangkan MRA dalam Kempen Infaq Kasih Ramadan.

Dalam Kempen Infaq Kasih Ramadan MRA tahun lalu, sebanyak RM2.2 juta sumbangan telah pun disalurkan bukan sahaja di Malaysia tetapi turut merangkumi beberapa negara lain termasuk Palestin, Yemen, Afghanistan dan Syria.

Sumbangan itu melibatkan pek makanan asas, pek iftar dan sahur serta pek Syawal.

Bantuan Ramadan dan Syawal di Malaysia memberi fokus kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta komuniti B40 di bandar dan luar bandar.

Mengulas lanjut, Mohd. Daud turut menzahirkan penghargaan kepada penderma awam dan korporat yang menyumbang ke program anjuran MRA.

“Kami terus komited dalam meneruskan misi bantuan kemanusiaan sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.

“MRA amat berbesar hati menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan orang ramai dalam membantu mereka yang memerlukan untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini.

“Kami juga merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Maybank MRA iaitu 5640 9820 6365,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This