BENCANA alam banjir yang berlaku di Pakistan baru-baru ini merupakan salah satu situasi yang terburuk dalam sejarah Pakistan. Lebih menyayat hati, kejadian itu telah menenggelamkan satu pertiga wilayah Pakistan dan mengakibatkan lebih 1,100 orang meninggal dunia dan jutaan rakyat lagi terkesan dengan ujian tersebut.
Perkara tersebut bakal bertambah buruk apabila ia dijangka menggugat ekonomi Pakistan yang sudah berdepan krisis akibat kadar inflasi tinggi, susutan nilai mata wang dan defisit akaun negara.
Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, MRA mempunyai sejarah panjang dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dan bencana di negara tersebut iaitu melebihi 15 tahun.
Katanya, MRA mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Pakistan dengan memberi khidmat, terutamanya dalam bantuan perubatan, pendidikan, pembangunan komuniti kepada golongan yang memerlukan.
“Pada masa ini, MRA mempunyai jaringan dan komuniti pantas bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada rakan strategi lapangan MRA di Pakistan seperti Al-Khidmat Foundation dan beberapa pertubuhan lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Atas kesedaran dan jalinan kemanusiaan yang strategis, Malaysian Relief Agency (MRA) telah menyalurkan bantuan kecemasan awal berjumlah RM50,000 bagi memulakan operasi bantuan kemanusiaan di negara tersebut.
BERITA BERKAITAN Lelaki Pakistan ditemui lemas selepas mandi di Empangan Semenyih
Dalam masa yang sama, MRA turut melancarkan ‘Tabung Bantuan Banjir Pakistan’ untuk meneruskan bantuan kemanusiaan yang akan ditumpukan kepada wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang terjejas teruk dan memerlukan bantuan serta beberapa kawasan lain.
“Sebanyak satu juta ringgit Malaysia disasarkan untuk membantu operasi dan bantuan di Pakistan. Fokus utama bantuan yang bakal digerakkan adalah menyediakan bantuan asas pasca bencana seperti penyediaan air bersih, penyediaan khemah sementara, dan agihan pek makanan asas kepada mangsa banjir di lokasi terjejas yang sukar dicapai di kawasan bencana,” kata Dr. Mohd Daud.
Dalam masa yang sama, MRA melalui unit perubatan MRA atau lebih dikenali MRA Medic akan membuat persiapan awal bagi menghantar petugas perubatan yang dijangka akan membantu mangsa yang berada di kem pemindahan kerana bencana banjir dilihat berisiko tinggi bagi kes-kes melibatkan penyakit berjangkit.
Justeru, MRA mengalu-alukan sumbangan untuk ‘Tabung Bantuan Banjir Pakistan’ bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir teruk tersebut.
Sumbangan rakyat Malaysia boleh dibuat menerusi akaun Maybank Malaysian Relief Agency Berhad (acc no: 5640 9820 8020) atau layari laman rasmi Malaysian Relief Agency www.mra.my dan facebook untuk maklumat lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dijalankan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA di www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook , Instagram, Twitter dan Youtube.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

