Kerajaan bantu 400 PMKS ke peringkat antarabangsa menerusi Ekspo Dubai 2020

Dari Penulis

LEBIH 400 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia diberi peluang untuk melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan Ekspo 2020 Dubai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya ia merupakan ruang buat PKMS itu mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang-peluang baharu di luar negara.

“Kerajaan menanggung kos yuran penyertaan semua PMKS ini di Ekspo 2020 Dubai, mereka hanya perlu membayar kos penginapan dan tiket kapal terbang sahaja.

Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu, menyokong dan memperkasakan PMKS. Saya mahu lebih banyak PMKS dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa yang mana boleh membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia,” katanya dalam ucapan pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai pada Rabu.

ISMAIL SABRI YAAKOB.

Baca: Ekspo Dubai 2020: Malaysia catat nilai perdagangan, pelaburan RM70 bilion

Sementara itu, Perdana Menteri berkata dalam meraikan kepelbagaian budaya, Pavilion Malaysia turut mengadakan pelbagai kerjasama kebudayaan termasuk dengan Arab Saudi, Argentina, Australia, Brazil, India, Kemboja, Myanmar, Poland, Thailand, Vietnam dan United Kingdom serta Pavilion ASEAN.

Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5 Tahun Dubai.

“Kita berhasrat agar Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia menjadi pencetus inspirasi kepada inovator masa depan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa melawat Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.

Ekspo 2020 Dubai berlangsung dari Oktober 2021 hingga 31 Mac ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Kumpulan Aerodyne akan menjadikan Pavilion Malaysia sebagai ibu pejabat kedua global syarikat itu.

Hadir sama, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Josep Kurup.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This