
BIMBANG diri diculik, seorang murid sekolah nekad melompat keluar dari angkot (teksi) yang dinaiki dalam satu kejadian Jalan Surotokunto, Karawang, Jawa Barat, pada Selasa.
Mangsa mengesyaki dirinya mungkin diculik selepas permintaan untuk menghentikan kenderaan sebanyak tiga kali tidak diendahkan oleh pemandu itu.
Aksi murid itu melompat keluar berjaya dirakam kamera litar tertutup di tempat kejadian.
Selepas berjaya melompat keluar murid terbabit jatuh terbaring di atas jalan raya, sebelum bangun berjalan ke bahu jalan.
Memetik laporan IndonediaToday, penduduk yang menyaksikan kejadian itu segera membawa murid tersebut ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa cedera pada bahagian dagu dan menerima lapan jahitan.
Baca artikel berkaitan: Pasangan suami isteri didakwa bunuh Eric Chang
Menceritakan kembali detik cemas itu, murid yang dikenali sebagai SY itu mengatakan dirinya bersendirian ketika menaiki kenderaan awam tersebut.
Katanya, walaupun tiga kali meminta supaya pemandu memberhentikan kenderaan apabila sampai ke lorong rumahnya, tetapi pemandu itu enggan berbuat demikian.
Malah pemandu itu memandu dengan laju dan menyebabkan dia ketakutan sebelum mengambil keputusan untuk melompat keluar.
Sementara itu, pihak polis berjaya mengesan pemandu kenderaan itu dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Pemandu berusia 72 tahun itu telah ditahan semalam, dan hasil siasatan awal mengatakan dia tidak dengar permintaan murid itu untuk berhenti.
Memetik laporan media tempatan, ada laporan mengatakan pemandu tersebut mengalami masalah pendengaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram