Bunuh, culik dan samun, ini wajah 14 orang dikehendaki polis

Dari Penulis

SERAMAI 14 individu yang terbabit dalam kes jenayah berat seperti membunuh, penculikan, rompakan serta samun bersenjata secara berkumpulan dalam buruan pihak polis.

Kesemua mereka dikehendaki polis bagi menyelesaikan kes-kes terbabit selain sebahagian diantara mereka dikehendaki bagi membantu siasatan.

Senarai ‘Orang Dikehendaki’ ini dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berserta dengan gambar suspek, alamat, dan nombor kad pengenalan mereka selain jenis kesalahan masing-masing.

Antara yang sedang dikesan polis ialah S. Alguthewan, Chan Cheng Weng @ Chan, Yong Kim Seng, Yip Kok Chong @ Ong Hai, Phua Eng King, Khaw Soon Lee, Choon Hooi Niat dan Chia Juak Ling, bagi siasatan kes jenayah membunuh.

Selain itu, Bakri Jalil dan Mohd Yusri Ilyas masing-masing terbabit dalam kes rompakan dan samun bersenjata berkumpulan sehingga mendatangkan kecederaan, dan Yee Boon Leong bagi satu kes penculikan.

Polis turut mengesan Nicholas Baptist yang terbabit dalam kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penipuan.

Manakala Syed Ismail Syed Alwi dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkaitan penipuan dengan menggunakan cek palsu, dan Mohamad Nor Idris bagi membantu siasatan dalam kes melibatkan Tabung Haji.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This