Selamat kembali ke tanah air Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara susulan pembukaan sempadan negara selaras dengan ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ yang bermula hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsi perasaan gembiranya dan bersyukur apabila melihat pelbagai hantaran di media sosial Keluarga Malaysia yang sangat gembira dapat pulang ke Malaysia hari ini.

Ismail Sabri Yaakob

Beliau menyifatkan Fasa Peralihan ke Endemik itu membawa kegembiraan kepada seluruh Keluarga Malaysia, dan ia dapat menyatukan semula hubungan kasih sayang yang terpisah jauh, termasuk rakyat negara ini yang berada di Singapura.

“Setelah hampir lebih dua tahun kita berperang dengan pandemik COVID-19 dan ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga, hari ini 1 April 2022, Malaysia berjaya membuka sempadan negara.

“Selamat kembali ke tanah air, Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

BERITA BERKAITAN Tangisan, sorakan kegembiraan sambut pembukaan semula Tambak Johor, Linkedua

Tepat 12 tengah malam tadi, kesemua pintu sempadan antarabangsa Malaysia dibuka selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik yang berkuat kuasa hari ini.

Pembukaan sempadan itu menyaksikan rakyat Malaysia khususnya di Singapura, pulang ke tanah air, malah detik bersejarah itu dikongsikan ramai pengguna media sosial yang rata-rata sebak dan terharu dapat kembali ke kampung halaman masing-masing.

Negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik mulai hari ini dengan beberapa kelonggaran mula diberikan, antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Had usia 16 tahun: Kawal selia ditetapkan, elak pengesahan umur dimanipulasi

BEBERAPA langkah kawal selia telah ditetapkan termasuk pengesahan umur yang mesti disokong rekod rasmi kerajaan dan bukan sekadar pengisytiharan...

More Articles Like This