‘Saya akan buat pengumuman penting 27 Jun ini’ – Puad Zarkashi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan akan membuat satu pengumuman penting pada hari Sabtu, 27 Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan Mohd Puad dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebagai rekod, 27 Jun merupakan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Mohd Puad mendakwa pengumuman penting itu akan dilakukan kerana terdapat beberapa perkara yang ‘tidak kena’ kepada UMNO Johor.

“Hari ini Barisan Nasional (BN) Johor akan umum senarai calon yang akan bertanding di PRN Johor 2026.

“Melihat senarai calon tersebut, ada yang tidak kena kepada UMNO Johor. Justeru, saya akan membuat pengumuman penting pada 27 Jun 2026.

“Perkembangan terkini UMNO Johor merisaukan. Saya tidak akan menoleh belakang walaupun ya hanya insan kerdil,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, beliau sebelum ini telah mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit kerana faktor usia.

Katanya, beliau menegaskan bahawa orang muda terlatih dan berpendidikan mesti diberi peluang.

“Tetapi tidak diendahkan. Saya melakukan ‘keberanian politik’ untuk meneruskan perjuangan,” jelas beliau.

Minggu lalu, Mohd Puad yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit pada PRN Johor yang dijadual berlangsung 11 Julai depan.

Mohd Puad berkata, keputusan berkenaan sudah dibuat sejak setahun lalu dan telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, faktor usia menjadi pertimbangan utama beliau untuk tidak lagi bertanding selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Rengit lebih empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This