ALIRAN trafik di beberapa kawasan di sekitar lebuh raya utama perlahan bermula pagi tadi hingga tengah hari ini, disebabkan pertambahan kenderaan dan dijangka berlanjutan sehingga lewat petang ini.
Bercakap kepada Bernama, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan berkenaan, kemungkinan berpunca daripada warga ibu negara yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu, untuk pulang ke kampung sempena bulan Ramadan.
“Aliran trafik perlahan di arah timur sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak sejauh kira-kira 500 meter dan juga di Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Baca artikel berkaitan: Trafik di lebuh raya menuju ibu negara mulai sesak
Beliau meminta pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Sementara itu, LLM menerusi Twitter setakat tengah hari ini melaporkan, trafik turut perlahan dari Bukit Jelutong Sentra ke Persimpangan Jalan Subang dan di Lebuhraya DUKE pula selepas Bandar Dalam ke Greenwood.
Situasi sama dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) membabitkan arah utara sebelum memasuki Tol Skudai dan Dato’ Onn menuju ke Pasir Gudang di kedua-dua arah.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

