DUA penjenayah dilapor mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu dan Bukit Aman melakukan rondaan menerusi Op Kesan sebelum terserempak sebuah kereta Honda Civic yang memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Wakaf Beruas.
Katanya, pasukan operasi mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, tetapi mereka melarikan diri sebelum dikejar sejauh dua kilometer.
Baca artikel berkaitan: Pemandu lori tersepit dihempap kontena jatuh
Wan Rukman berkata, susulan itu pihaknya terpaksa membalas tembakan ke arah kedua-dua lelaki berkenaan, sebelum seorang daripada mereka melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran.
Katanya, suspek yang melarikan diri itu berjaya dikepung, namun dia enggan menyerah diri menyebabkan polis mengambil tindakan memasuki rumah tersebut.
“Semasa di dalam rumah, suspek telah melepaskan satu das tembakan. Nasib baik terkena penghadang atau shield yang dibawa polis dan di situlah berlaku satu lagi kejadian tembak-menembak antara polis dan suspek,” katanya.
Katanya, lelaki itu terbunuh di dalam rumah tersebut manakala seorang lagi rakannya maut dalam kenderaan dinaikinya.
Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan dan maklumat lanjut mengenai mereka masih disiasat.
Katanya, tiada anggota polis mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram