Kes tembak Klang Selatan: Polis siasat motif kejadian

Dari Penulis

IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan menerima maklumat berlaku satu kejadian tembak di dalam kawasan Taman Mesra Indah di Klang Selatan, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Bepajat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai kejadian itu pada pukul 8.35 malam.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” jelasnya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Mereka katanya, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Haniff di talian 019-2100334 atau bilik gerakan IPD Klang Selatan, 03-33762222.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai maut ditembak.

Beberapa saksi mendakwa terdengar bunyi beberapa das tembakan dilepaskan.

Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai ibu mangsa tidak mampu menahan sebak sebaik mendapat tahu anaknya maut ditembak.

Wanita itu tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.15 malam bersama beberapa individu lain dan mahu melihat keadaan mangsa, namun dihalang anggota polis bertugas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This