Tindakan tegas beri kenderaan asing guna RON95

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN tegas akan dikenakan terhadap individu atau pun pengusaha stesen minyak yang menyalahgunakan petrol RON95 kepada kenderaan asing.

Perkara itu ditegaskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

Malah, Alexander menegaskan telah mengarahkan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melakukan siasatan dengan lebih agresif.

“Saya telah mengarahkan pasukan penguat kuasa KPDNHEP untuk melakukan siasatan dan pemantauan dengan lebih agresif dan ketat.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” katanya dalam ciapan tersebut.

Baca artikel berkaitan: KPDNHEP pandang serius kenderaan negara jiran isi RON95, penguatkuasaan agresif bermula hari ini

Sejak sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April lalu, beberapa gambar tular memaparkan kenderaan asing dengan sengaja menggunakan petrol RON95 di stesen minyak dalam negara.

Larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010.

Ahad lalu, Alexander dalam kenyataan menegaskan KPDNHEP akan melakukan pemantauan lebih agresif di semua stesen minyak terutamanya berdekatan dengan sempadan bagi mengelakkan ketirisan penjualan petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Alexander turut mengambil maklum gambar tular kenderaan dengan nombor pendaftaran negara jiran yang mengisi petrol bersubsidi itu.

Alexander berkata, aktiviti penguatkuasaan yang lebih agresif juga akan dilaksanakan dengan pelancaran Op Pantau 2022, Ahad lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This