“Perasaan itu sangat sakit tetapi dalam masa yang sama sangat membahagiakan…,” – Lah Ahmad

Dari Penulis

ABDULLAH Ahmad atau lebih sinonim dengan panggilan Lah Ahmad merupakan penyanyi yang sentiasa mendapat tempat di hati pencinta muzik tanah air.

Keupayaannya untuk menyanyikan lagu berentak Soul dan R&B di samping memiliki suara yang lunak merdu sentiasa berjaya membuatkan sesiapa yang mendengar akan terpukau.

Lah sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan V.E yang sangat popular sekitar awal 2000. Dia juga pernah menganggotai kumpulan nasyid Al-Mawlid dan aktif menyanyikan lagu berunsur dakwah.

Untuk karier solo, Lah sebelum ini pernah melahirkan tiga buah album Jalan Untuk Kembali (2014), Sempurna Dan Terbaik (2016) dan Selamat Datang Cinta (2020).

Terbaharu dengan kerjasama Alternate Records & Talents, Lah kembali dengan lagu solo berjudul Bila Hati Rindu hasil ciptaan Mas Dewangga, A. Shah, Jova Devito dan Aden King.

Masih lagi mengekalkan konsep dan genre R&B, lagu ini membawakan mesej tentang erti cinta yang sangat mendalam.

Berbekalkan suara yang lunak dan merdu ini telah menjadikan lagu Bila Hati Rindu sebagai lagu runut bunyi untuk drama Samarinda: Bila Hati Memilih Dia.

Lagu ini sememangnya memberi impak kepada penonton kerana lirik yang disampaikan ini berkait rapat dengan perjalanan cerita yang dilakonkan oleh Aedy Ashraf dan Eyka Farhana dalam mengharungi pelbagai rintangan demi menjaga hubungan cinta suci mereka.

“Cinta itu sangat luas. Bukan hanya tertumpu cinta kita kepada seseorang yang lain tetapi cinta kepada diri sendiri, kepada makhluk alam yang lain dan terutamanya cinta kepada Tuhan.

“Rindu juga bukan sesuatu yang mudah. Perasaan itu sangat sakit tetapi dalam masa yang sama sangat membahagiakan. Jadi, saya harapkan agar sesiapa yang mendengar lagu Bila Hati Rindu ini dapat memahami mesej yang disampaikan dan dapat membuka hati semua untuk terus saling mencintai dan merindui.

“Diharapkan juga agar semua akan terhibur dan terus menyokong saya untuk lebih berkarya,” kata Lah.

Bila Hati Rindu nyanyian Lah Ahmad, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital sejak 25 Mac lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This