Impian Rita Sosilawati nak jadi penerbit filem akhirnya tertunai

Dari Penulis

USAHAWAN kosmetik popular, Datin Rita Sosilawati mendedahkan dirinya menerbitkan sebuah filem pada awal tahun depan selepas berjaya mendapatkan sijil dan lesen menduduki kelas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 37 berkata, penerbitan filem merupakan perkara yang diimpikan sejak dulu lagi.

“Saya memang teringin nak terbitkan filem. Ini adalah perkara yang dah lama saya nak buat.

“Jadi bila saya dapat peluang untuk menerbitkan filem buat pertama kalinya dalam hidup, saya tak mahu buat dengan semberono.

“Saya akan pastikan segala ilmu mengenai perfileman telah pun saya kuasai supaya filem yang akan diterbitkan berkualiti tinggi,” katanya kepada URTV.

Tambah Rita lagi, proses menerbitkan filem itu masih di peringkat pemprosesan dan dia memohon kepada semua pihak agar dapat memberi sokongan terhadap filem yang bakal diterbitkan itu.

Rita yang merupakan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya E.S.H x Datin Rita Sosilawati di E.S.H Electrical Sdn. Bhd. yang terletak di Bangsar Shopping Center.

Pelancaran program tersebut bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Rita yang merupakan duta ESH Raya 2022 itu menyatakan bahawa kerjasama antara dirinya dengan syarikat pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur itu bermula apabila dia dilamar menjadi duta pertama.

“Selepas saya dilamar menjadi duta pertama mereka, ESH kemudian berminat untuk menjadikan saya duta raya dalam projek akan datang. Dalam masa yang sama kita akan berkolaborasi untuk mengadakan projek CSR.

“Saya pun bersetuju untuk membantu dan menganggap perkara ini sebagai rezeki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita dan pihak E.S.H telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira-kira 200 keluarga yang terjejas akibat banjir.

“Kami sudah susun jadual dan akan mula mengagihkan barangan elektrik kepada mereka yang memerlukan pada minggu hadapan.

“Kami akan berikan barang elektrik seperti dapur gas, periuk nasi dan sebagainya kepada mangsa-mangsa banjir yang kami sudah kenal pasti.

“Barangan yang kami hendak berikan adalah barangan yang diminta oleh mangsa-mangsa banjir itu, bukan barangan yang kami tentukan sendiri,” jelas Rita dengan lebih lanjut.

Tidak hanya barangan elektrik sahaja, Rita turut akan memberikan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan bekalan makanan yang lain untuk meringankan beban mangsa banjir yang masih terkesan bagi meyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This