Pesawat kargo DHL putus dua ketika mendarat cemas di Costa Rica

Dari Penulis

SEBUAH pesawat kargo DHL jenis Boeing 757-200 putus dua ketika melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica, pukul 10 pagi semalam.

Memetik laporan, The Guardian, pesawat dilapor tergelincir dari landasan sebelum terputus dua pada bahagian ekor.

Pihak DHL mengatakan, kesemua kru dalam pesawat itu selamat dan hanya seorang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Gambar yang disiarkan oleh akhbar Costa Rica, La Nacion, menunjukkan sebuah pesawat berwarna kuning dengan logo DHL tertera di sisinya sedang disembur dengan buih pencegah kebakaran selepas ia tersadai di kawasan padang berhampiran landasan.

Baca artikel berkaitan: Rangka kanak-kanak perempuan ditemukan

Bahagian ekor terputus daripada badan pesawat dan sayap juga patah.

Menurut Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Luis Miranda Munoz, pesawat itu dalam perjalanan ke Guatemala dan dikatakan mengalami kegagalan pada sistem hidraulik.

Di atas faktor itu, juruterbang meminta kebenaran bagi melakukan pendaratan kecemasan sejurus selepas pesawat itu berlepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This