PM berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat, Negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama Ahli-Ahli Dewak Rakyat dan Dewan Negara di Seri Perdana, Putrajaya.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, Perdana Menteri memaklumkan, majlis berbuka puasa itu turut dihadiri ramai ahli-ahli Parlimen pembangkang merentasi pelbagai parti.

Menurut beliau, majlis tersebut untuk menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Bagi meraikan Ramadan yang mulia, elok benarlah kita bersatu hati tanpa mengira parti untuk sama-sama menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Seramai 28 orang anak-anak yatim Raudhatul Faeez juga turut serta berbuka puasa bersama pada hari ini.

“Terima kasih kepada semua yang hadir, rapatkan ukhuwah kita sebagai satu Keluarga Malaysia yang besar dan harmoni,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: PM, menteri, ahli Parlimen hadir taklimat pindaan Perlembagaan

Memetik laporan Bernama, majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan, turut hadir, Ahli Parlimen pembangkang seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook, Mohamad Sabu dan Teresa Kok.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Sebahagian besar tetamu yang hadir sebelum itu menghadiri taklimat Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Puspanitapuri, Presint 10 berhampiran Seri Perdana.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This