Tetak Boon Lay Drive: Dua lelaki didakwa sebabkan kecederaan

Dari Penulis

DUA pemuda didakwa di mahkamah di Singapura semalam selepas menetak dua lelaki dalam satu kejadian di Boon Lay Drive pada Rabu lalu.

Memetik laporan Channelnewsasia, Muhammad Sajid Saleem, 20, dan Niswan Thiruchelvam, 19, masing-masing menghadapi satu pertuduhan menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Hakim memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan siasatan dan pengumpulan bukti dilakukan sebelum kembali bersidang pada 14 April nanti.

Kedu-dua mereka dirakam orang awam selepas bertindak menetak dua lelaki di Blok 175, Boon Lay Drive kira-kira pukuk 5 petang sebelum klip video itu tular.

Baca artikel berkaitan: Dua lelaki cedera ditetak dekat Boon Lay Drive

Dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun telah dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

Kedua-dua suspek berjaya diberkas pihak polis sehari selepas hari kejadian dan hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mengenali mangsa.

Pada Jumaat kedua-dua suspek telah dibawa ke lokasi kejadian di tempat kereta di mana serangan didakwa berlaku bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau dipenjara sehingga 15 tahun dengan denda serta rotan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This