The Gadys ‘balas dendam’ dua tahun tak dapat balik kampung

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

EMPAT wanita cantik yang menggelarkan diri mereka sebagai The Gadys, tidak sabar untuk memperkenalkan nama dan juga bakat mereka di persada muzik tanah air.

Namun sebagai pengenalan, The Gadys yang dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini terlebih dulu bakal meluncurkan single raya yang diberi judul Gadys Raya.

Biarpun pembabitan mereka dalam dunia nyanyian masih terlalu ‘hijau’, namun The Gadys berjaya mengumpul 1.6 juta tanda suka di akaun aplikasi TikTok mereka.

Malah, kumpulan itu juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama barangan meskipun masih belum tampil dengan single.

Berkongsi mengenai Gadys Raya, lagu ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim itu berkisar pengalaman anggota The Gadys yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, kerinduan The Gadys bakal terubat tahun ini setelah kerajaan mengumumkan fasa endemik. Keseronokan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dan berkumpul bersama sanak saudara, memasak juadah dan membuat persiapan raya bersama-sama keluarga tercinta semuanya diabadikan menerusi lagu Gadys Raya.

Menurut Faa yang juga bekas juara program The Next My Star, single tersebut penuh dengan kasih sayang dan tenaga.

“Vibes lagu itu sangat ceria, sesuai dengan sifat anggota The Gadys,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota The Gadys, Aznie berkata, lagu raya mereka menceritakan suasana hari raya yang diraikan bersama.

“Sebenarnya di sebalik keceriaan lagu itu yang menceritakan bagaimana penat lelah membakar lemang, memakai pakaian raya yang baru, menikmati juadah di pagi raya bersama-sama, kami sebenarnya menyampaikan mesej agar jangan mengenang barang atau perkara yang sudah lepas.

“Proses rakaman untuk lagu ini sangat berbeza kerana penerbit mementingkan karakter setiap seorang daripada kami.

“Dengan adanya karakter, proses rakaman menjadi lebih seronok. Kami akui sangat ‘enjoy’ sepanjang proses rakaman, tenaga kru juga sangat terbuka dengan idea daripada kami.

“Jadi ia dapat menonjolkan setiap karakter anggota The Gadys,” ujar gadis berasal dari Kedah itu.

Biarpun tidak terbabit dengan proses penulisan lagu, tetapi terdapat sedikit perubahan pada lirik lagu itu apabila Mike Chan dari Faithful Publishing meminta The Gadys bekerjasama untuk mendapatkan pendapat mereka.

Berkongsi pula mengenai proses rakaman muzik video Gadys Raya, Faa pula berkata, proses berjalan dengan lancar.

Setiap individu yang terbabit sangat ‘supportive’. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi mereka berpuas hati dengan proses pada hari rakaman yang turut mendapat sokongan daripada Honda Malaysia & JD Sports Malaysia.

Namun bagi Ayunie, yang juga penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Fakulti Teater, menunggu hasil muzik video siap adalah sesuatu yang sangat mendebarkan.

“Walaupun terpaksa menunggu lama sewaktu proses rakaman muzik video, kami tidak mengeluh kerana sudah terbiasa menjalani penggambaran sehingga lewat malam. Bagaimanapun penantian itu berbaloi.

“Perasaan terpaksa menyanyi sambil menari dari awal sehingga habis rakaman amat berbeza, berbanding sewaktu sesi latihan.

“Ini kerana sepanjang penggambaran, kami perlu sentiasa menjaga penampilan dan harus memberikan sepenuh tenaga sepanjang penggambaran berlangsung sehingga kami sendiri berpuas puas hati,” tuturnya.

Pelakon Nelissa pula berkata, setiap individu yang terbabit menyiapkan Gadys Raya memberi impak cukup besar kepada mereka tidak mengira pengarah, penolong pengarah, jurumekap, penata rias, pengurusan Valient Music dan semua yang terbabit.

“Kami berharap muzik video GADYS RAYA mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Kami juga berharap lagu itu mampu menjadi evergreen dan sentiasa diputarkan setiap kali hari raya,” katanya.

Menyorot penubuhan The Gadys, keempat-empat gadis itu adalah kenalan dan rakan di bidang lakonan dan ada di antara mereka adalah rakan universiti.

Hubungan mereka mula menjadi akrab selepas program ‘game show’ yang dikenali sebagai The Next My Star pada 2020. Sejak itu mereka tidak boleh berenggang sehingga wujudnya The Gadys.

Biarpun dibesarkan dengan personaliti dan latar belakang berbeza, mereka bagaimanapun minat yang sama iaitu pada bidang seni dan mereka juga kini saling melengkapi di antara satu dengan yang lain.

Gadys Raya sudah dilancarkan di semua platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 8 April lalu.

Manakala muzik video mereka pula boleh ditonton di saluran YouTube The Gadys.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This