[VIDEO] “Meleleh taik telinga, macam buat persembahan di sekolah” – Nyanyian The Gadys dikritik Julfekar & netizen

Dari Penulis

PERSEMBAHAN kumpulan The Gadys dalam satu majlis anugerah baru-baru ini telah mengundang kritikan netizen selepas nyanyian mereka dianggap ‘sumbang’.

Malah, komposer terkenal iaitu Julfekar turut menyuarakan rasa kesal dengan kualiti pemilihan persembahan daripada kumpulan yang dianggotai oleh tiga orang gadis.

“Memang tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah sahaja. Meleleh taik telinga. Macam ni pun boleh lepas buat persembahan. 

“Apalah jadi dengan industri muzik kita ini,” luahnya menerusi hantaran di Facebook.

Entri yang berserta video nyanyian The Gadys berdurasi tiga minit 18 saat itu sehingga kini sudah mendapat lebih 10,000 komen serta lebih 4,200 perkongsian.

Tidak cukup di Facebook Julfekar, netizen turut ‘menyerang’ Instagram The Gadys dan rata-rata menganggap tiga gadis itu tidak sesuai bergelar penyanyi.

Ada yang menganggap kumpulan yang dianggotai oleh Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn menerusi medley lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati dan Gadis Dan Bunga itu merosakkan industri muzik tanah air.

Pada masa sama, netizen turut memberikan kata-kata semangat untuk masuk kelas vokal sekiranya serius dalam bidang nyanyian.

@urtv_official

Show The Gadys ketika di sebuah majlis anugerah. Nyanyian mereka dapat perhatian termasuk komposer terkenal, Julfekar. Korang rasa ok ke tak ok? #urtv #fyp #trendingartis #utusantv #thegadys #julfekar #selebritimalaysia

♬ original sound – urtvofficial – urtvofficial

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This