Harapan emas PUBG Mobile Sukan SEA disandarkan kepada QB

Dari Penulis

HARAPAN negara untuk menggondol sekurang-kurangnya satu pingat emas bagi acara e-sukan dalam Sukan SEA Hanoi di Vietnam disandarkan kepada Ahmad Syafiq Imran Mohamad atau lebih dikenali sebagai QB.

QB yang juga pemain e-sukan profesional bagi pasukan Geek Fam merupakan wakil negara bagi acara individu untuk permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Selain acara individu, Geek Fam juga mewakili Malaysia untuk acara berpasukan PUBG Mobile.

Memetik laporan Bernama, QB berkata, pasukan PUBG Mobile juga telah mendapatkan khidmat jurulatih dan pemain tempatan yang berpangkalan di Indonesia iaitu Muhammad Farhan Abdul Gafar dan Muhammad Dhiya Ulhaq Muhammad Arasz bagi memastikan misi meraih pingat emas tercapai.

Khidmat Muhammad Farhan atau Jangs dan sentuhan Muhammad Dhiya dikenali sebagai ‘uHigh’ yang bermain bersama Bigetron Red Aliens di Indonesia amat ditagih untuk memperkuat pasukan dalam saingan temasya dwitahunan itu.

“Saya yakin dengan pasukan sebab itu kami sasarkan pingat emas walaupun permainan ini pertama kali dipertanding di Sukan SEA.

“Untuk saya, ia bukan satu tekanan besar sebab lawan kita semua dah pernah jumpa sebelum ini, kami hanya perlu fokus dan berikan segalanya,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Tidak hanya e-sukan, Team Haq Esports Club jalin kerjasama rapatkan ukhwah

Sementara itu, skuad e-sukan memperbaharui matlamat mereka apabila tampil dengan sasaran lebih relevan dan berani untuk membawa pulang satu pingat emas dan tiga gangsa.

Pengurus pasukan, Kelvin Pang berkata, tiga pingat gangsa itu disasarkan untuk sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB); Wild Rift dan Arena of Valor (AOV).

“Untuk AOV pada edisi 2019 kita dapat nombor empat jadi tahun ini saya rasa kita boleh usaha dapatkan gangsa, lagi pun dua pemain sebelum ini masih kekal dalam skuad sekarang.

“Selain kita berharap dapat melakukan kejutan, kita juga harap boleh dapat penamat podium berganda untuk PUBG Mobile sebab kategori berpasukan juga dipertandingkan,” katanya pada sidang media Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, hari ini.

Sukan SEA Hanoi dijadual pada 12 hingga 23 Mei ini dengan e-sukan menawarkan sebanyak 10 pingat emas.

Selain PUBG Mobile, MLBB, Wild Rift, AOV dan FIFA Online 4, kem e-sukan negara turut menghantar wakil bertanding dalam permainan League Of Legends dan Garena Free Fire.

Sebagai rekod, ketika e-sukan mula dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 di Manila, Malaysia membawa pulang satu emas menerusi Hearthstone dan satu gangsa menerusi MLLB berpasukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This