Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran mulai esok

Dari Penulis

SESI persekolahan kembali seperti sediakala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermula esok, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, kehadiran pelajar dan pengoperasian persekolahan akan dilaksanakan sama seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

“Mungkin apabila sekolah dibuka semula, kita akan lihat bagaimana murid datang ke sekolah dan keadaan di luar yang semakin terbuka membuatkan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Oleh itu, saya menyeru jasa baik pihak kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru dan murid bagi memastikan kali ini sekolah akan dibuka dan tidak lagi ditutup,” katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Warga Pendidikan Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Hampir 14,000 guru one-off telah ditempatkan – Radzi

Mengulas lanjut, Radzi berkata, dalam tempoh terdekat juga pihaknya akan mengemukakan garis panduan persekolahan 4.0.

Beliau berkata, garisan panduan berkenaan bersesuaian dengan keadaan semasa yang lebih terbuka, selain pada masa sama memastikan segala ketetapan yang dibuat dapat dipatuhi.

“Ada yang persoal bila garis panduan pengurusan sekolah 3.0 akan ditambah baik, sedangkan untuk laksanakan sesuatu bukan boleh ditukar begitu sahaja.

“Pelaksanaan ini termasuk perlu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Kita perlu bincang satu persatu, apakah pendekatan yang perlu dilaksanakan, garis panduan yang perlu dimasukkan dan sebagainya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This