Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Program Jelajah Semarak Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Bera, hari ini. GAMBAR: BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun, Bera.

Ahli Parlimen Bera itu, yang tiba di masjid tersebut pada 6.30 petang, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 631 penerima bagi meringankan beban kewangan mereka untuk membuat persiapan hari raya.

Penerima sumbangan terdiri daripada penduduk di 10 kawasan sekitar Bera termasuk Felda Purun, Felda Kepayang, Felda Kumai, Felda Rentam, Felda Sebertak, Felda Tementi, Lubuk Tambangan dan Bandar 32.

Baca artikel berkaitan: Malaysia bimbang keganasan di Palestin, kutuk serangan Israel – PM

Ismail Sabri turut menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid itu.

Terdahulu, beliau meluangkan masa seharian di kawasan Parlimen Bera bagi menyampaikan sumbangan Yayasan Petronas kepada mereka yang memerlukan menerusi Program Jelajah Semarak Ramadan.

Secara keseluruhan, seramai 2,013 orang menerima sumbangan itu hari ini manakala bakinya lebih 2,000 orang akan menerima sumbangan itu esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram