Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya daripada industri seni tanah air.

Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand membuat pengumumam tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia. Saya tidak akan terima tawaran sama ada sebagai pelakon televisyen atau pengacara.

“Sebenarnya saya masih dapat tawaran daripada beberapa produksi namun tidak saya tidak memberi maklum balas. Pengumuman bersara ini, buatlah apa-apa pun bagi tulardan semua orang tahu tentang pengumuman ini,” katanya.

Ujar pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu lagi, dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua penggiat seni yang pernah memberi peluang dirinya bergelar pelakon selama 10 tahun berada dalam dalam industri hiburan.

“Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu.

“Terima kasih kerana terima saya dalam industri selama 10 tahun dan mencipta memori manis sepanjang bergelar pelakon.

“Saya akan abadikan pengalaman indah ini sebagai kenangan. Terima kasih kerana pengalaman sebagai pelakon dan pengacara ini membantu saya untuk menjadi lebih matang.

“Jumpa anda di lain masa,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Sarah tampil berkongsi kenyataan apabila mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang dirasakan hanya berubah jadi baik pada bulan Ramadan.

Sarah menjelaskan, dia tidak suka melihat sikap sesetengah umat Islam yang dilihat hipokrit pada bulan Ramadan sahaja.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada semua agar tidak menjadi alim pada bulan suci Ramadan sahaja dan meninggalkan bulan-bulan yang lain.

Untuk info, Sarah berkahwin dengan lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

Walau bagaimanapun, status hubungan mereka menjadi tanda tanya apabila Sarah dn Otto tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing selain foto mereka bersama turut dipadamkan.