Sarah Hildebrand sertai tentera udara Amerika Syarikat?

Dari Penulis

BEKAS pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand seperti memberi bayangan bakal menyertai unit tentera tdara Amerika Syarikat (AS).

Ia berdasarkan beberapa keping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Sarah atau Nur Sarah Marie Hildebrand Asyarf Hildebrand,32, turut berkongsi gambar yang memaparkan dirinya sedang menghadiri ujian kenteraan.

“Semuanya tidak mustahil (anything is possible),” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Meskipun tidak memperincikan dengan lebih lanjut, Sarah yang pernah berlakon dalam drama Pujaan Hati Kanda itu turut memuat naik skor peperiksaan dalam ujian ketenteraan berkenaan.

Entri tersebut telah menarik perhatian warganet dan rakan artis yang rata-rata melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan Sarah.

“Tahniah Sarah! Saya bangga dengan kamu!

“Alaa kenapa kita nangis tengok. Sangat bangga dengan kamu! Tahniah!

“Tahniah kak, patutlah buat badan macam nak masuk tentera udara,” komen netizen.

Sebelum ini Sarah membuat pengumuman mengejutkan apabila dia membuat keputusan untuk bersara dari industri seni.

Sarah kini tinggal di AS bersama bapanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This