Datasonic ambil keberkatan Ramadan, rai 55 anak asnaf

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMPENA keberkatan bulan Ramadan tahun ini, Datasonic Group Berhad mengambil kesempatan menceriakan 55 anak-anak asnaf dari Asrama Darul Falah, hari ini.

Kesemua 55 anak asnaf itu diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan Datasonic yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Datasonic, Safian Mohd. Yunus berkata, Majlis Iftar Datasonic itu julung kali diadakan untuk menyantuni anak-anak asnaf dan rakan media.

Menurut beliau, syarikat itu telah pun menyantuni anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan sejak awal tahun ini.

Safian memaklumkan, perkara itu dilakukan menerusi beberapa program dan sumbangan seperti Program Kembali ke Sekolah dan sumbangan penyelenggaraan infrastruktur asrama.

“Majlis iftar ini juga termasuk dalam usaha kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka dalam Ramadan yang mulia ini, lebih-lebih lagi dengan Syawal yang bakal menjelma.

“Tinggi harapan kami agar segala usaha ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Datasonic sumbang RM20,000 bantuan persekolahan

Kesemua 55 pelajar ASDAF yang diraikan dalam majlis berbuka puasa itu turut diiringi ahli-ahli jawatankuasanya termasuk Pengerusi ASDAF, Abdul Halim Mohamed.

Selain jamuan makan, anak-anak asnaf itu juga turut menerima sumbangan duit raya sebanyak RM50 seorang daripada pihak Datasonic.

Tazkirah Ramadan turut disampaikan pendakwah, Sheikh Hussein Yee yang juga perupakan Presiden Pertubuhan Al-Khaadem.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah sebelum bersurai.

ASDAF ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 merupakan fasiliti khas yang menempatkan dan menjaga anak-anak orang asli di peringkat menengah bagi tujuan pendidikan dan kebajikan.

Buat masa ini, ASDAF menempatkan seramai 55 pelajar dari negeri-negeri di Semenanjung dengan kebanyakannya merupakan golongan susah dan anak yatim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This