Anak Cristiano Ronaldo meninggal dunia selepas dilahirkan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG daripada anak kembar Cristiano Ronaldo disahkan meninggal dunia selepas dilahirkan pagi tadi.

Perkara itu diumum bintang Manchester United tersebut menerusi laman Facebook beliau dan mendapat reaksi jutaan peminat dari seluruh dunia.

“Dengan rasa sedih yang tidak tertanggung, kami perlu mengumumkan bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ia adalah kesakitan paling hebat yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa.

“Hanya kelahiran bayi perempuan yang memberi kami kekuatan untuk menjalani masa ini dengan sedikit harapan dan kebahagiaan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor pakar dan jururawat atas semua penjagaan dan sokongan mereka,” katanya hari ini.

Pemain berusia 37 tahun itu turut meminta orang ramai untuk memberi ruang privasi kepada keluarganya ketika ini.

Baca artikel berkaitan: Diva-Diva di Man. United, nak main tapi tak nak ‘susah’

Cristiano sememangnya menantikan kelahiran anak kembar beliau bersama pasangan hidupnya, Georgina Rodriguez.

Superstar dunia yang pernah bermain dengan kelab Real Madrid, Juventus dan Sporting Lisbon itu mempunyai lima orang anak yang tinggal bersama dengannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This