YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri, orang kenamaan dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hadir di majlis itu bersama Jemaah Menteri yang lain antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Orang kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca artikel berkaitan: Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Filipina, India dan Brunei.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta sunat Tarawih berjemaah bersama tetamu dan diimamkan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Majlis berbuka puasa itu adalah kali pertama diadakan di Istana Negara selepas dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

