Polis rampas dadah RM4.6 juta, tangkap tujuh suspek

Dari Penulis

POLIS merampas 101.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 19 kg pil kuda serta empat liter ubat batuk bernilai RM4.6 juta dan menahan tujuh suspek dalam enam serbuan di Kelantan pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua suspek berumur 25 hingga 46 tahun termasuk sepasang suami isteri itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk bekalan dadah melalui pangkalan haram untuk pasaran tempatan, dan kegiatan mereka dipercayai mulai aktif sejak Dis lepas.

“Saringan awal mendapati ketujuh-tujuh suspek itu negatif dadah, namun seorang suspek didapati mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kesemua mereka ditahan reman hingga 22 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dan Ketua JSJN Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar.

Baca artikel berkaitan: Tembak mati: ‘Nuar Taman’ dan ‘Pendi Buaya’ suspek utama kes bunuh, dadah

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 602,540 orang penagih dadah.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988 dan JSJN setakat ini telah menyita pelbagai aset sindiket ini yang dianggarkan bernilai RM538,943.50 termasuk 11 buah kenderaan, pelbagai barang kemas, jam tangan, telefon bimbit, beg berjenama dan wang tunai.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah berjumlah RM6,143,343.50 dan hasil operasi kali ini JSJN telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah di negeri ini untuk pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang dikesan dengan menghubungi Hotline JSJN di talian 012-2087222,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This