10,619 kes sembuh Covid-19 semalam – Dr. Noor Hisham

Dari Penulis

SEBANYAK 10,619 kes sembuh COVID-19 dicatatkan semalam menjadikan kumulatif kes pulih daripada jangkitan itu kini 4,274,746, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kes baharu pula berkurangan kepada 6,069 kes berbanding hari sebelumnya iaitu 7,140 menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara setakat ini sebanyak 4,402,234. 

“Daripada 6,069 kes baharu dilaporkan semalam sebanyak 5,959 adalah kes tempatan melibatkan 96.4 peratus warganegara dan 3.6 peratus bukan warganegara, manakala 110 adalah kes import terdiri daripada 66.4 peratus warganegara dan 33.6 peratus bukan warganegara,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Covid: Kes sembuh melebihi jangkitan 10 hari berturut-turut

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 241 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital merangkumi 97 kes (40.2 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala 144 kes (59.8 peratus) adalah kategori satu dan dua.

Beliau berkata tiada negeri mencatat penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) turun kepada 64 dengan peratusan penggunaan ventilator adalah lapan peratus.

Dr Noor Hisham berkata lima kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 109, manakala kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan seluruh negara adalah 0.86 dengan Negeri Sembilan mencatat nilai tertinggi iaitu 0.90.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

400,000 murid Tahun Empat kohort pertama duduki Matriks Pembelajaran Oktober depan

KIRA-KIRA 400,000 murid Tahun Empat menjadi kohort pertama yang bakal menduduki Matriks Pembelajaran Tahun Empat dengan pelaksanaannya dijalankan serentak...

More Articles Like This