Lelaki cuba bunuh diri di Kompleks Darul Kifayah

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga asing berjaya diselamatkan anggota bomba daripada cubaan membunuh diri di Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur, pada pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.39 pagi.

Sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Sentul, Hang Tuah serta dua buah jentera FRT dan sebuah ALP dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki lingkungan 25 tahun dipercayai pesakit mental berada di atas bumbung tingkat 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tragedi Syawal, kanak-kanak maut dilanggar ketika beraya di Kota Setar

Beliau berkata, pihaknya memujuk mangsa dengan mengguna jentera ALP dan operasi dijalankan dengan keselamatan yang tinggi menggunakan “safety harness”.

Katanya, operasi tamat pada pukul 10.38 pagi dan mangsa diserahkan kepada pihak polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan seterusnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This