SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah trak pikap di Jalan Labu Lama berhampiran kedai serbaneka di Taman Jasper Jaya 2, Seremban malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu mangsa yang berusia 33 tahun cedera parah di bahagian muka dan kepala disahkan maut di lokasi kejadian.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pikap jenis Isuzu D-Max yang dipandu oleh seorang lelaki Cina berumur 55 tahun telah masuk simpang di sebelah kanan dari arah Jalan Labu Lama ke arah Taman Jasper Jaya 2 secara mengejut.
“Pada waktu sama sebuah motosikal jenis Yamaha R25 ditunggang oleh seorang lelaki India yang bergerak terus dari arah Bukit Galena ke arah Jalan Labu Lama tidak dapat mengelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Lelaki tular pukul kucing hingga mati ditahan di Kuching, positif dadah
Katanya lagi, pemandu trak pikap tidak mengalami sebarang kecederaan namun ditahan bagi tujuan siasatan lanjut, manakala mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk urusan post mortem.
Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

