“Ibu bapa salah sebab cuba ajar anak bahasa Inggeris?” – Jangan remehkan usaha, bahasa hanya alat perantara

Dari Penulis

Zaman millenial, segalanya seolah-olah kelihatan salah di mata masyarakat. Dibuat salah, tak buat dikata pula. Semua pandangan diutarakan ke media sosial tanpa tapisan sehingga menimbulkan ketakutan segelintir individu untuk bersosial.

Orang tua sekadar mahu berbasa basi, diajarnya pula bertanya ‘bila nak mati?’ andai disoal perihal jodoh. Anak-anak kecil yang masih melasak dan hanya tahu bermain dan menangis, disaran agar duduk di rumah sahaja supaya tidak menganggu ketenteraman awam.

Dan terbaru, ibu bapa yang cuba mendidik anak-anak menggunakan bahasa Inggeris diperli agar tidak berkomunikasi dalam bahasa ‘kayangan’ itu semata-mata kerana si bapa dahulu hanya budak kampung.

Ikuti perkongsian Azizul Zairi.

“IBU BAPA SALAH SEBAB CUBA AJAR ANAK BAHASA INGGERIS ?

Bahasa hanyalah alat perantara. Merupakan ‘tools’ penterjemahan sesuatu mesej. Bukan pengukur intelek seseorang itu cerdik atau kurang pandai.

Bukan bermaksud kita tolak terus bahasa ibunda kita. Saya akui, Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang melayu itu mestilah beragama islam, mengamalkan adat budaya melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.

Masalah utama masyarakat kita mengenakan syarat yang ketat untuk orang menggunakan Bahasa Inggeris. Ramai nak jadi ‘Nazi Grammar’.

Sebutan dan grammar mestilah betul dan tepat.

Lihat sahaja hari ini orang kita yang telah belajar Bahasa Inggeris selama lebih 10 tahun di sekolah langsung tapi tidak boleh berbahasa Inggeris. Bukan kerana tak boleh tetapi kerana ketakutan salah cakap. Malah takut disindir terlebih ‘Mat Salleh’.

Berbalik isu asal, salahkah cuba berbahasa selain bahasa Melayu? Hanya kerana jati diri kita kuat sebagai Melayu.

Kemahiran berbahasa itu satu perkara lain. Kerja swasta mahupun kerajaan tetap akan berhadapan situasi untuk menggunakan bahasa selain bahasa Melayu.

Saya sendiri suka belajar banyak bahasa. Walaupun cuma pandai sepatah-sepatah. Jumpa pekerja dari Nepal, Myamnar, Vietnam, kena belajar sikit-sikit bahasa mereka kot mereka tengah membahan kita, dapatlah kita counter balik.

Waktu kerja pun sama, selalu deal dengan supplier, customer, ataupun delegasi dari luar negara tetap kita gunakan bahasa Inggeris. Kalau kerja kilang lagi biasa, kadang-kadang boss dari German nak datang, supplier machine dari Japan dan macam-macam situasi kena hadap yang mana kemahiran berbahasa selain bahasa Melayu sangat diperlukan.

Tak perlu sampai perfect pronounce atau grammar segala bagai, cukup ada kemahiran komunikasi. Orang cakap guna broken English pun jadilah janji lepas interview. Sebab ada orang jenis ” bad English but good speech “.

Bagus jika ada kemahiran Bahasa Inggeris. Tetapi wajibkah semua daripada kita perlu fluent dalam bahasa ini?

Ada antara kita tiada keperluan pun. Andai kata tak faham pun bukan menjadi dosa mahupun kesalahan. Jika cakap rojak pun bukanlah menjadi cacat.

Bila kita ke negara lain, Bahasa Inggeris mereka berterabur tetapi mereka tetap yakin sebab mereka gunakan Bahasa Inggeris sekadar bahasa bukan alat pengukur intelektual ataupun status.

Saya teringat pengalaman menghadiri sesi interview dengan Bradken Australia, saya cakap berterabur grammar. Salah seorang panel interview tetap puji kemahiran pembentangan saya walaupun saya cuma guna ‘ broken English’.

Kesimpulannya, janganlah remehkan usaha ibu bapa yang cuba ajar anak mereka belajar bahasa Inggeris. Kadang terpaksa sebab jenis hantar anak di taska swasta yang gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara mereka.

Sekurang-kurangnya mereka cuba mendidik dengan cara mereka.

Nota picisan : Saya dan anak-anak bercakap dan berbual menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di rumah.”

Sumber : Azizul Zairi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This