Syatilla Melvin selamat bersalin anak ketiga, Shaheizy Sam kongsi momen istimewa

Dari Penulis

PELAKON Shaheizy Sam menzahirkan rasa kesyukuran selepas isterinya yang juga pelakon, Syatilla Melvin selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, pagi tadi.

Ujar Sam, isteri dan bayi perempuan mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi membimbangkan.

“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa korang.

“Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?,” tulis Sam di hantaran Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, Sam turut berkongsi foto bersama isteri dan bayi mereka di dewan bersalin.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rakan artis dan pengikut Sam gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia dua tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This