“Perasaan Hari Raya tahun ini berbeza kerana ketiadaan mereka…,” – Ezad Lazim rindu masakan ibu

Dari Penulis

PENYANYI Ezad Lazim meluahkan rasa rindu hendak makan ketupat dan rendang masakan Allahyarham ibunya yang telah meninggal dunia akibat rebah di dalam bilik air, dua tahun yang lalu.

Pelantun lagu Dua Insan itu juga turut menyatakan bahawa kehadiran Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana ketiadaan ibu dan bapa serta adiknya yang meninggal dunia ketika tempoh pandemik yang lalu.

Kini yang tinggal hanya dua orang kakak di sisi, Ezad atau Mohd Rohaizan Mohd Lazim, 42, turut mendedahkan bahawa arwah ibunya sempat membuat ketupat buat kali terakhir walaupun Syawal belum menjelma ketika itu.

“Balik kampung di Kedah untuk Aidilfitri kali ini pun, perasaannya berbeza kerana ayah dan ibu saya sudah tiada.

“Ayah saya meninggal dunia pada 2019 dan pada 2020 ibu pula kembali ke Rahmatullah. Setahun kemudian, adik saya pula meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Yang tinggal kini hanya saya dan dua kakak.

“Saya rindukan masakan ibu terutama ketupat. Kali terakhir sebelum meninggal dunia, dia sempat membuat ketupat walaupun ketika itu bukan hari raya.

“Memang dia sengaja buat ketupat dan rendang untuk dijamah kami sekeluarga yang pulang ke kampung ketika itu.

“Selain itu, ibu juga selalu siapkan kuih-muih antaranya biskut suji dan makmur. Memang itu adalah kenangan yang akan sentiasa saya rindukan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Dalam perkembangan lain, Ezad kini aktif sebagai pelakon dalam drama sekuel 7 Hari Mencintaiku 3.

Selain itu, Ezad juga bakal tampil membuat persembahan di acara Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 yang bakal berlangsung pada 4 Jun depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This