Piala Thomas: Malaysia tewaskan Jepun, muncul juara Kumpulan D

Dari Penulis

PASUKAN badminton Malaysia meneruskan kecemerlangan mereka apabila berjaya menewaskan Jepun 3-1 dalam saingan Kumpulan D perlawanan Piala Thomas di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Kejayaan yang mengembirakan peminat badminton di seluruh negara itu sekali gus membolehkan Malaysia menggungguli Kumpulan D dan mara ke suku akhir selaku juara manakala Jepun naib juara.

Mata kemenangan skuad negara diperoleh dalam aksi keempat menerusi gadingan pasangan beregu baharu, Aaron Chia-Teo Ee Yi yang menewaskan gandingan Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17 dalam masa 50 minit.

BERITA BERKAITAN Piala Thomas: Malaysia tiada masalah benam AS 5-0

Terdahulu skuad negara memperolehi mata pertama menerusi pemain perseorangan, Lee Zii Jia yang tiada masalah menewaskan Kento Momota 21-17, 21-8.

Ia disusuli mata kedua melalui pasangan beregu Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani yang mengatasi gandingan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-19, 21-16 dalam perlawanan yang sangat menarik.

Jepun memperolehi mata pertama menerusi kemenangan pemain perseorangan kedua, Kanta Tsuneyama yang menundukkan Liew Daren yang tewas 21-16, 22-20 dalam masa sejam.

Perlawanan kelima membabitkan acara perseorangan antara wakil negara, Leong Jun Hao dan Kenta Nishimoto sedang berlangsung, bagaimanapun sebarang keputusan tidak menjejaskan kemenangan Malaysia dan seterusnya menjuarai kumpulan D.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This