Tiga cedera selepas lori rempuh sembilan kenderaan dekat Lebuhraya Elite

Dari Penulis

TIGA cedera selepas sebuah lori yang mengalami merempuh sembilan kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Deputi Superintendan Ahmad Izuddin Mohd Juhari berkata, kemalangan berlaku kira-kira 11.44 malam.

Beliau berkata, mereka yang cedera terdiri daripada dua warga Bangladesh iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun serta seorang kanak-kanak lelaki tempatan berusia 10 tahun.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori dari arah Slim River, Perak menghala Tampin, Negeri Sembilan itu terbabas dan merempuh sembilan kenderaan yang berhenti di lorong tengah serta paling kanan kerana terdapat kerja-kerja pembinaan jalan.

“Dua kanak-kanak yang tersepit cedera di kepala dan peha serta diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya lalu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiga parah dalam kemalangan di NPE

Ahmad Izuddin berkata pemandu lori berusia 54 tahun itu memberikan kerjasama yang baik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dengan kekuatan enam pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kenderaan yang terjejas teruk akibat kemalangan itu adalah Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki tujuh warga Bangladesh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rain Rave Water Music Festival jana lebih RM392 juta, tarik 415,000 pengunjung

PENGANJURAN Rain Rave Water Music Festival di tujuh lokasi seluruh negara termasuk acara utama di Bukit Bintang di bawah...

More Articles Like This