PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan diserang minor stroke pada pukul 6 petang tadi.
Ia selepas empat hari beliau bertungkus-lumus mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.
Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan memaklumkan, Norazam telah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan minor stroke.
Namun begitu, beliau berada dalam keadaan terkawal dan sedar.
Pada masa sama, JBPM Selangor memaklumkan, operasi bagi mencari sembilan lagi mangsa yang belum ditemui dalam insiden tanah runtuh itu tetap berjalan seperti dijadualkan.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: ‘Sweeper’ bomba digerakkan kesan baki mangsa luar ‘ground zero’
“Dimaklumkan bahawa Datuk Norazam Khamis, Pengarah JBPM Negeri Selangor dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan minor stroke jam 6 petang. Keadaan Datuk terkawal dan masih sedar diri.
“Sama-sama kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih.
“Semoga Datuk Wira Merah diberikan kesembuhan segera,” kata kenyataan itu hari ini.
Norazam mengetuai operasi SAR mangsa dalam kejadian tanah runtuh tersebut sejak hari pertama insiden itu berlaku, awal pagi Jumaat lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

