Quinton Group terus memupuk bakat profesional tempatan dalam industri hiburan, lakonan dan penerbitan filem, menyediakan drama bersiri tempatan, media baharu dan semua rangkaian industri berkaitan media dan sumber perkakasan dan perisian.  

Syarikat yang diasaskan Lomo Pictures Sdn Bhd yang juga merupakan milik penerbit terkenal, Aron Koh turut menubuhkan Pusat Seni Kreatif Skycac, yang menawarkan pelbagai pilihan akademik kepada pelajar yang berminat dalam filem dan industri seni persembahan.

“Sebagai penerbit berpengalaman di Malaysia, saya selalu fikir “bakat” adalah elemen terpenting dalam industri. Terdapat ramai bakat di Malaysia tetapi kekurangan peluang dan platform untuk mempamerkan kemahiran mereka.

Oleh itu, tujuan utama kami untuk membuka Quinton Academy adalah untuk menemui lebih ramai bakat yang bersemangat dalam industri perfileman dan memberi mereka latihan dan bantuan untuk membantu meningkatkan industri terutamanya dalam Malaysia,” jelas Aron yang banyak membantu meningkatkan pasaran filem tempatan, Hong Kong dan Taiwan.

Tambahnya lagi, Akademi Quinton terdiri daripada ramai pensyarah profesional dan berkelayakan.

“Ketika ini akademi itu terdiri daripada pelbagai pengarah tempatan, penulis skrip, pelakon dan lebih ramai lagi profesional tempatan akan menyertai akademi ini.

“Kita juga akan menjemput pelbagai bakat profesional dan profesor dari Itali, Australia dan lain-lain negara sebagai pensyarah untuk bekerjasama dan memenuhi visi akademi dalam memupuk lebih banyak lagi bakat dalam seni perfileman dan industri produksi,” katanya yang akan bekerjasama Kolej Universiti Lincoln, Akademi Broadway dan Akademi Filem New York pada masa akan datang.

Aron juga menekankan selain daripada pengajaran kursus profesional tradisional, akademi juga menyediakan media baharu dan pengajaran yang melibatkan pengaruh untuk menggalakkan kepelbagaian kemahiran seni perfileman dalam kalangan pelajar.

Katanya, Akademi Quinton juga akan menawarkan kursus Diploma dan Ijazah Lanjutan dalam masa depan terdekat.

Dalam masa yang sama,  Akademi Quinton turut menubuhkan Skycac (Pusat Seni Kreatif) sebagai pusat persembahan, penerbitan filem, platform filem dan budaya serta pelbagai guna pusat seni kreatif.

Ia akan menyediakan pelbagai persembahan secara bulanan termasuk persembahan muzik, rancangan broadway, koir dan sebagainya bagi menyerlahkan bakat tempatan melalui persembahan seni.

Penubuhan pusat seni itu bukan sahaja untuk mencari bakat tempatan tetapi juga untuk membantu mereka mengejar impian serta menyokong dan mempromosikan kumpulan seni tempatan untuk bersinar di platform filem Antarabangsa.