SEBANYAK empat komoditi agromakanan telah dimansuhkan permit import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan hari ini.
Menurut MAFI, empat komoditi agromakanan itu adalah kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) serta susu cair.
Bagaimanapun, MAFI memaklumkan, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa.
Kata Kementerian tersebut, keputusan pemansuhan permit import itu adalah sebagaimana diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
“Walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan daripada luar negara, pengimport masih perlu mempunyai import permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti
“Ini untuk memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tiada lagi AP untuk import bahan makanan – PM
Dengan pemansuhan AP itu, MAFI berkata, semua syarikat dibenarkan mengimport komoditi agromakanan tertakluk kepada IP yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) beserta syarat tertulis dalam permit selaras subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan akta serta peraturan lain.
“MAFI akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan di setiap peringkat rantaian makanan dan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan mencukupi, selamat dimakan serta berkhasiat.
“Pada masa sama, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara.
“MAFI berharap dengan keputusan kerajaan ini, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bagi tujuan membawa masuk sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

