Pelakon, Elfira Loy selamat melahirkan bayi perempuan, pukul 6.27 petang, di sebuah pusat perubatan swasta di Sri Kembangan, hari ini.
Menerusi entri di Instagram, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri,27, memuat naik gambar dia sedang memeluk erat anak keduanya itu di samping suaminya, Faris Khairul Anuar.
“Saya ada banyak gambar yang menarik tapi ini yang paling saya suka.
“Subhanallah. Ayah adalah adiwira, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri sementara mommy ‘push’ (meneran) awak.
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu pengalaman hebat,” tulisnya.
Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan perkahwinan mereka turut dikurniakan cahaya mata pertama, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

