“Percaya Allah akan beri yang lebih baik” – Elfira Loy seru selebriti henti kerjasama jenama berkait pro-Israel

Dari Penulis

PELAKON, Elfira Loy tampil beri pandangan terhadap gerakan #Blockout2024 yang kini tular sehingga kecoh menjadi buah mulut rakyat Malaysia.

Menurut Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, isu ini seharusnya tidak perlu dianggap remeh kerana ia berkait dengan kekejaman tentera Israel keatas penduduk Palestin.

“Jadi dengan puak macam ini ke nak ambil mudah.

“Terang-terang Yahudi ini, Allah pun tak suka.
Kalau, Allah tak suka kenapa kita nak terima.

“‘Learn to let it go’, percaya Allah akan beri yang lebih baik,” ujarnya.

Perkara ini dikongsikan olehnya menerusi Instagram Story.

Dalam masa sama, bintang Tentang Bulan The Series menerusi watak Zurina itu juga tidak dapat menjangka kejadian menakutkan yang mungkin berlaku jika Al-Masih ad-Dajal keluar di muka bumi disebabkan kekeliruan orang ramai dalam gerakan boikot ini.

“Macam-macam, sekarang fasal boikot pun jadi keliru nak boikot ke tak, nanti dajjal dah keluar tidak tahu keliru macam mana.

“Sepuluh kali fikir nak cakap ke tak, tapi cakap sahaja lah.

“Sebab dulu ada orang cakap macam ni, dekat saya itu yang membuatkan saya sedar kepentingan boikot. Jadi ikut kamu lah,” jelasnya.

Difahamkan, gerakan #Blocout2024 ini dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan Met Gala di New York City pada 6 Mei lalu, tarikh yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

Meskipun demikian, gerakan ini telah memberi kesan kepada selebriti tempatan, dengan beberapa nama termasuk Nadhir Nasar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Mira Filzah, Meerqeen, dan banyak lagi, setelah tersenarai untuk diboikot.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This