TIDAK! Ia bukan sekadar parti tetapi sesuatu yang lebih besar! Permainan Mobile Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) terbesar di Asia Tenggara, Mobile Legends: Bang Bang telah mencipta sebuah pengalaman baharu yang lebih mendalam buat pemain mereka menerusi kempen di M-World. 

Fenomena luar biasa M-World yang melanda Malaysia pada 2  hingga12 April lalu telah membawa semua pemain untuk bersama-sama berjuang demi kemenangan! 

Menariknya, pelbagai lukisan grafiti AR Mobile Legends: Bang Bang telah menghiasi beberapa buah dinding di Kuala Lumpur dan  Johor Bahru untuk diterokai oleh peminat mereka.

Orang ramai yang melalui Jalan TAR Kuala Lumpur telah terpesona dengan lukisan tersebut dan berkesempatan untuk mengambil gambar di  pameran seni indie.

Susulan itu, dinding grafiti tersebut telah tular di media sosial dan menggalakkan pemain serta peminat untuk mencari kod QR tersembunyi yang turut disertakan pada dinding grafiti. Hasilnya,  mereka boleh menebus ganjaran percuma.

Lukisan itu merupakan karya sekumpulan lima artis grafiti untuk mewakili acara 515 yang bertemakan We Better Than Me.

Selain itu, video TikTok di akaun rasmi Mobile Legends: Bang Bang mengenai dinding grafiti tersebut telah mendapat lebih dari 1.1 juta tontonan video hasil daripada gaya lukisan yang luar biasa dan futuristik. Pempengaruh media sosial dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru turut hadir melihat dan berswafoto dengan AR Tang Wan Wan.

Sementara itu, siri mini animasi 515 telah mencatat lebih daripada 2 juta tontonan di laman YouTube sekaligus menjadikannya sebagai sebuah kejayaan yang besar!

Berkisar tentang watak kegemaran peminat seperti Tang Wanwan, Ling dan Yin sebagai wira utama untuk siri ini, kempen tersebut mendapat pujian daripada penonton, dengan menyatakan bahawa Mobile Legends: Bang Bang ‘meningkatkan lagi skill permainan mereka’ dan ‘melakukannya dengan lebih baik kali ini’. 

Sebagai tanda penghargaan untuk peminat di Malaysia, Mobile Legends: Bang Bang telah bekerjasama dengan selebriti tempatan seperti Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem bagi menghidupkan Tang Wanwan, Ying dan Ling!

Ini yang mereka katakan tentang siri mini animasi 515!

JANNA NICK: “Animasinya sangat bagus dan Wanwan sangat mengagumkan.”

HAIRUL AZREEN: “Saya tertanya-tanya sama ada saya boleh menjadi sehebat watak Yin.”

HUN HAQEEM: “Ia sangat hebat dan saya sangat teruja untuk membawa watak pembunuh upahan yang kuat ini! Animasinya cukup menakjubkan dan anda semua harus meneka apa yang bakal berlaku dalam video seterusnya!”

Pemilihan selebriti tersebut bertepatan dengan imej mereka sebagai figura yang dikenali ramai sememangnya menepati perwatakan dan ciri-ciri 515 wira kami.

Janna Nick melakonkan watak Tang Wanwan

Apabila melihat dengan lebih mendalam mengenai watak Tang Wanwan, umum sememangnya mengetahui bahawa dia merupakan seorang pemuzik, penyanyi dan penyair. Janna Nick adalah seorang penyanyi dan salah seorang pelakon Malaysia yang berkarisma serta dia membawakan imej tersebut dengan cara yang penuh penghayatan. 

Hun Haqeem yang memainkan peranan sebagai Ling pula merupakan seorang pejuang pedang yang kompetitif dan tegas. Ling adalah watak permainan ini yang paling pendiam dan tabah antara semua.  Hun menggambarkannya dengan begitu sempurna kerana dia seolah-olah mempunyai kuasa untuk menceritakan kisah Ling menerusi perwatakannya. Selain itu, ia adalah sebuah bonus kerana Hun mempunyai pengalaman dalam seni mempertahankan diri karate.

Hun Haqeem membawakan watak Ling

Watak permainan Yin ialah seorang pemain yang berfikiran terbuka dan bertenaga berjaya dibawa oleh Hairul Azreen dengan baik. Selain popular dengan cogan kata The Best Never Rest, Hairul yang memiliki pengetahuan meluas tentang seni mempertahankan diri, menjadikannya calon yang paling sesuai untuk menjayakan watak Yin. Dia juga merupakan pemain setia Mobile Legends : Bang Bang dan secara tidak langsung ia menyeronokkan kerana mempunyai pelakon yang berminat dengan permainan ini.

Hairul Azreen memegang watak sebagai Yin

Dalam 30 hari yang terakhir, Mobile Legends: Bang Bang mempunyai 80 juta pemain aktif  yang berjaya daftar masuk! Ia adalah hasil penerimaan positif terhadap kempen 515 dengan kemunculan watak trio: Tang Wanwan, Ling dan Yin.

Dalam pada itu, Mobile Legends: Bang Bang juga telah mengeluarkan dua runut bunyi iaitu We Better Than Me dan gabungan semula solo lagu tema acara 515. 

Lagu baharu tersebut berjaya menawan hati pengguna TikTok, kerana ia merupakan salah satu lagu yang menjadi trend di platform itu. Semasa acara 515, terdapat pelbagai ‘cover’ yang dibuat oleh ramai penyanyi yang kini mendapat lebih daripada 300 ribu jumlah tontonan!

Bermula 13 April hingga 3 Mei lalu, peminat Mobile Legends: Bang Bang telah terkesima dengan filem mini aksi Tang Wanwan, Ling dan Yin, masing-masing dilakonkan oleh Janna Nick, Hun Haqeem dan Hairul Azreen. Untuk rekod,filem mini Tang Wanwan oleh Janna Nick telah meraih lebih 1 juta tontonan di Instagram dan TikTok serta disambut dengan penuh kasih sayang oleh peminat dan pengikutnya.

Dalam semangat menyambut Aidilfitri, video Hari Raya yang dibintangi oleh Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem secara rasmi telah menjadi video yang paling banyak ditonton di saluran YouTube Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dengan capaian lebih 980 ribu tontonan dalam masa kurang daripada sebulan!

Ada kemungkinan bahawa pelakon Malaysia adalah kunci di sebalik jumlah besar penonton yang menonton Video Hari Raya Mobile Legends di YouTube. Barangkali, ini juga antara kerana ia merupakan pertama kali Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem digabungkan dalam sebuah karya yang sama. 

Dengan kerjasama Sunway Pyramid dan The Curve, terdapat pelbagai peraduan dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Selain itu, jenama seperti Beam, Dominos, Touch ‘N Go, SAMSUNG Malaysia dan banyak lagi telah menjalinkan kerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang untuk meraikan acara 515 M-World. Antara objektifnya adalah kerana ingin membawa permainan ini dengan lebih dekat kepada para pemain.