Tangkap layar rakaman pemandu teksi warga emas memandu lawan arus.

SEORANG pemandu teksi warga emas yang memandu lawan arus dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Taman Equine, Seri Kembangan, petang kelmarin kini disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pemandu berusia 70 tahun itu memandu secara berbahaya setelah mengambil tiga orang penumpang di sebuah kondominium berhadapan Taman Euqine dan mahu menuju ke sebuah bank.

“Setiba di tempat kejadian, warga emas tersebut telah melalui laluan bertentangan tanpa membuat pusingan di bulatan Persiaran Pinggiran Putra 2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Budak 9 tahun mengerang kesakitan tertusuk tongkat basikal

Beliau berkata, pemandu warga emas terbabit dipercayai telah melawan arus sekitar 40 meter sebelum membelok ke kanan untuk menuju ke bank di Taman Equine.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar.

“Kes kini di siasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Anbalagan berkata, hasil saringan awal ujian air kencing adalah negatif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram