Kanak-kanak 7 tahun jadi mangsa serangan buaya di Telaga Air, Kuching

Dari Penulis

TIGA hari lepas seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai menjadi mangsa buaya selepas kepalanya ditemukan hanyut di sungai Kampung Kangka, Sempadi, dekat Kuching.

Hari ini, seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Adammi Mokhtar, 7, pula diserang buaya dalam kejadian terkini di Kampung Nyabut, Telaga Air yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari lokasi kejadian pertama.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa sedang duduk bersama-sama nenek dan kakaknya di tebing sungai berkenaan sambil mengambil air.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba, muncul seekor buaya lalu menyambar kanak-kanak berkenaan dan mengheretnya ke dasar sungai,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Kata Ling Hii, sebaik menerima laporan kejadian sekitar jam 9.30 pagi tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah diatur gerak ke lokasi.

BERITA BERKAITAN Bomba dari dua balai terlibat tangkap buaya tengah jalan

“Setiba di lokasi, dengan kekuatan lima anggota, pasukan ini segera mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat.

Bomba katanya lagi, turut menghubungi pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bagi mendapatkan bantuan pasukan elit pemburu buaya SWAT SFC.

Ini merupakan kes kedua melibatkan serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari, dengan kes yang pertama berlaku di Kampung Kangka, Sempadi, kira-kira 30 minit perjalanan dari Telaga Air.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This