Perjuangan ‘epic’ Everton pengajaran untuk semua

Dari Penulis

  • SEPARUH masa pertama perlawanan, masa depan Everton di Liga Perdana kelihatan akan kabur. Jaringan Mateta pada minit ke-21 untuk Crystal Palace membuatkan penyokong tuan rumah terkedu. Pada minit ke-36, Jordan Ayew menjaringkan gol kedua Palace dan ketika itu, Goodison Park terasa gelap.

Sis mengaku dah bersedia ucap selamat tinggal kepada Everton. Penyokong pun dah mula mengalirkan air mata, Lampard pun dah 10 kali gulung lengan… tetapi 11 orang atas padang tak berhenti berjuang.

Kedudukan 0-2 menjadi 1-2, kemudian jadi 2-2. Crystal Palace tak kekalkan momentum, terlampau nak menang sebab ye lah, siapatak nak menang? Tapi Everton – bukannya nak menang, hanya nak selamat.

Mungkin maksud ‘menang’ dan ‘selamat’ dalam konteks perlawanan ini berkongsi maksud yang sama tetapi sebenarnya tidak.

Sepanjang 97 minit perlawanan, Everton teruskan perjuangan, ambil risiko, tak berhenti berlari sehingga nafas dah makin pendek. Pada minit ke-86 – Everton jaringkan gol.

Beribu-ribu penyokong serbu padang, masing-masing mendakap orang lain tak kisah lah kenal ke tidak.  Asap biru tebal dilepaskan ke udara, tebal sangat sampai padang yang hijau pun jadi warna biru.

Masa depan Everton yang gelap secara tiba-tiba menjadi cerah seperti suar yang diapikan oleh penyokong mereka.

Sehingga tiupan terakhir, pemain berjuang dan tertulisnya sebuah saga perjuangan untuk benda yang lebih besar daripada angka gol, ego, diri sendiri dan perjuangan tersebut merupakan ‘rahmat’ yang tak semua orang faham.

Ramai berfikiran yang pasukan tersebut kena menang atau berjaya barulah mereka ada semangat kesatuan, tetapi intipati sebenarnya adalah mereka menang sebab bersatu.

Dengan generasi pemain bola yang tidak melihat lebih jauh dari kaki sendiri, perlu ada satu peristiwa yang menunjukkan jika susah macam mana pun, kesatuan yang akan selamatkan kita.

Pada hari Jumaat itu, penyokong Everton buat lebih daripada mencukupi untuk menyokong kelab kesayangan dan tentunya kesetiaan tersebut membuahkan hasil yang sama nilai dengan sokongan mereka.

Pemain Everton bekerja keras untuk logo yang terlekat pada dada, bukannya nama yang terpapar di belakang.

Cara Sis menceritakan benda ini memang boleh dikategorikan dramatik tetapi itulah bola sepak.

Nama dia je bosan sebab senang nak faham – permainan sepak bola. Tetapi bola sepak susah – main susah, menyokong lagi lah susah.

Setengah orang mungkin tak faham kenapa penyokong bola beremosi sehingga caci maki, menangis, melutut tetapi kalau dijelaskan pun, belum tentu faham.  Inilah hidup mereka selain daripada pergi-balik pejabat, jaga anak, cari rezeki.

Ye lah, ramai mengutuk kenapa penyokong Everton serbu padang macam baru menang. Ramai kata reaksi itu melampau dan berbahaya. Tetapi Lampard kata apa salahnya meraikan pasukan mereka?

Walaupun ada hari yang mereka akan menyesal tengok perlawanan, tetapi mereka tak akan sesekali menyesal pada hari mereka mula menjadi penyokong.  Sekali dah lekat, memang tak akan cabut.

  • Penulis adalah Graduan Kewartawanan UiTM

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kewujudan Parti Wawasan Negara, apa nasib Bersatu dalam PN?

ARENA politik negara tidak pernah sunyi dengan pelbagai jenis drama tidak kira di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Pergolakan yang...

More Articles Like This