LANGKAH intervensi berteras rentas kementerian dan whole of government akan ditentukan bagi merungkai isu barangan keperluan harian terutama isu ayam dalam Mesyuarat Kabinet, esok.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, langkah intervensi itu demi memastikan sebarang usaha penyelesaian tidak dilaksanakan secara silo dan tiada kesinambungan.

Sehubungan itu, beliau berkata, usaha rentas kementerian akan diketengahkan dalam Mesyuarat Kabinet yang dipercepatkan, esok.
Menurut Alexander, usaha rentas kementerian itu bakal mencakupi beberapa aspek asas di bawah kawal selia kementerian.
“Inti pati ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet, esok seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan Mesyuarat Kabinet yang kebiasaannya diadakan pada hari Rabu akan diawalkan ke esok bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), masing-masing akan membentangkan laporan berkaitan isu itu, termasuk perancangan jangka pendek dan panjang mengatasinya.
Baca artikel berkaitan: Mesyuarat Kabinet diawalkan ke esok, bincang kos sara hidup, bahan makanan – Ismail Sabri
Mengulas lanjut, Alexander berkata, keputusan Jemaah Menteri seperti diumumkan Perdana Menteri untuk memansuhkan permit import (AP) memang bertepatan dengan hasrat menjamin kelangsungan makanan.
Kata beliau, mekanisme pendekatan itu dibuat berteraskan jangkaan bahawa pemansuhan AP akan mencetuskan lambakan bahan bekalan dalam pasaran.
Alexander memberitahu, pengumuman lanjut Perdana Menteri untuk memperluas langkah pemansuhan AP supaya turut mencakupi barangan keperluan asas lain juga amat selari dengan keadaan semasa.
“Bagaimanapun, pemansuhan AP ini akan mengambil masa untuk ia memberi kesan positif kepada pengguna.
“Hal ini kerana ia bergantung kepada betapa cepat proses perolehan dilakukan; pensijilan halal; pemeriksaan kastam dan sebagainya.
“Sehubungan itu, kita tidak boleh mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ pasca keputusan pemansuhan AP untuk ia memberi kesan pemulihan terhadap aspek perbekalan barangan keperluan harian di pasaran,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

