KKR pacu transformasi pengurusan jalan berasaskan data – Nanta

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mencadangkan pewujudan Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem pengurusan data jalan negara ke arah sistem yang lebih bersepadu, cekap dan berasaskan bukti.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif itu bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pengurusan aset jalan raya negara, sekali gus membolehkan perancangan penyelenggaraan dilaksanakan secara lebih proaktif dan berkesan.

Beliau berkata, cadangan berkenaan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Menurutnya, dalam era ekonomi digital, data berkualiti menjadi elemen penting dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran, memperkukuh daya saing ekonomi serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efektif kepada rakyat.

“KKR membentangkan kertas cadangan Deklarasi Data Aset Jalan yang memberi fokus kepada pembangunan ekosistem data jalan negara yang lebih bersepadu dan berautoriti melalui penggunaan platform analitik serta repositori data nasional.

“Usaha ini akan menjadi asas penting kepada transformasi pengurusan aset jalan negara dengan membolehkan penyelenggaraan dilaksanakan secara lebih proaktif, mengurangkan pertindihan kerja, mempercepatkan tindakan pembaikan serta mengoptimumkan penggunaan peruntukan awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penyelarasan data jalan di peringkat nasional juga membolehkan perubahan pendekatan daripada penyelenggaraan secara reaktif kepada penyelenggaraan ramalan yang lebih sistematik dan berasaskan data.

Katanya, pendekatan baharu itu akan membantu pihak berkaitan membuat keputusan berdasarkan analisis dan fakta, berbanding hanya bergantung kepada aduan yang diterima daripada pengguna jalan raya.

“Melalui penyelarasan data yang menyeluruh, kita dapat merealisasikan peralihan daripada membuat keputusan berdasarkan aduan semata-mata kepada keputusan yang disokong data dan bukti.

“Inilah aspirasi sebenar MYJalan, iaitu memastikan setiap aduan rakyat didengari, setiap ringgit dibelanjakan secara bertanggungjawab dan setiap keputusan dibuat demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Alexander berkata, pengukuhan sistem pengurusan data jalan turut diyakini mampu meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur, selain memastikan sumber kewangan kerajaan digunakan secara lebih optimum dan berimpak tinggi.

“Setiap data membawa makna. Setiap keputusan memberi kesan. Setiap tindakan demi rakyat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This